Monday, October 26, 2009

Front View Dari Jalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada anda yg berminat (ingin membeli) dgn rumah ini, sila layari blog ini untuk melihat gambar2 yang munkin boleh mewakili keadaan sebenar rumah ini supaya anda tidak perlu membuang masa untuk pergi ke rumah ini untuk melihat keadaannya KECUALI bagi anda yg SERIUS (95% nak beli) terhadap rumah ini. Harap gambar2 dibawah membantu :







Ini gambar geran rumah yg dimaksudkan yang diharap boleh menolong anda untuk berurusan dengan pihak guaman untuk buat perjanjian jual beli (S&P):


Alamat rumah: No 19, Laluan Tronoh Jaya 5, Desa Tronoh Jaya, 31750 Tronoh, Perak D. E.

Rumah ini mempunyai 3 bilik, 1 bilik air berjamban duduk yg attached dgn master bedroom, 1 bilik air berjamban cangkung yang attached dengan 2 bilik lagi. Semua lampu, pendawaian dalam keadaan baik. Semua sinki boleh digunakan. Semua tingkap dan pintu bergrill. Lantai rumah termasuk bilik dan bilik air semuanya berjubin. Tingkap dan sliding door tinted. Rumah dikelilingi pagar batu dan sliding gate.

Harga rumah ni saya letak last price rm90 000 (bagi pembeli yg betul2 serius nak beli) dan semua urusan guaman dan yg berkenaan ditanggung oleh pihak pembeli. Anda boleh contact pejabat peguam dibawah untuk mendapat khidmat guaman jual beli kerana sebelum ini pun syarikat guaman ini yg menguruskan jual beli rumah ini.

Buat pengetahuan anda, jika anda nak buat loan bank, bank perlukan document perjanjian jual beli (S&P) antara penjual dan anda yang biasanya diuruskan bersama pihak guaman. Rujuk disini:

CIMB Islamik: http://cb.cimbislamic.com/index.php?ch=ci_per_hf&pg=ci_per_hf_buy&ac=15&tpt=cimb_islamic#

Eoncap Islamik Bank: http://www.eonbank.com.my/islamic_banking/financing/individual/home_financing_i.shtml

Oleh itu diminta anda yg berminat utk membeli, sila berurusan dgn pejabat peguam untuk kita sign perjanjian jual beli (S&P), contoh peguam yg kita boleh berurusan ialah seperti dibawah atau anda boleh cari peguam yg anda dah biasa:

PRITHI JUNAINAH & ASSOC.
Tel: 05-2435355 , 05-2437
Fax
: 05-2431355
17, MEDAN ISTANA 2, BANDAR IPOH RAYA, 30000, IPOH

Jika anda tiada cash utk 10% pendahuluan (biasanya) atau 5% pendahuluan (CIMB Islamik), mungkin kita boleh berpakat dgn peguam untuk memungkinkan anda buat full loan. Ok, sekarang harganya rm90k, jadi pendahuluan yg anda kena bayar adalah rm9k, jadi anda hanya pinjam bank rm81k. Katakanlah anda takde rm9k cash, jadi kita boleh buat supaya anda tak perlu bayar rm9k itu dan jumlah pinjaman dengan bank adalah rm90k. Caranya mungkin dgn adjust dalam S&P, harga rumah jadi rm99k, jadi 10% adalah rm9900, jadi baki yg anda pinjam bank adalah rm89100 (takpelah saya rugi rm900 - halal). Jadi anda tak perlu bayar cash wang pendahuluan berjumlah rm9900 kepada saya, anda hanya perlu bayar kos guaman S&P (mungkin dalam 1% harga jualan rumah, seingat saya la, sebab saya dulu lawyer ambik 1%, sekarang tak tau la). Untuk keterangan lanjut sila berbincang dgn peguam yg anda lantik utk uruskan S&P ini.

Saya nak jual rumah ni sebab saya dah beli rumah lain dan tak nak banyak komitmen dgn bank sebab susah saya nak buat personal loan kalau ada 2 bijik rumah ni....jadi saya amik keputusan nak let go rumah ni untuk melaksanakan rancangan masa depan saya di tempat lain.....insyaAllah....

Bagi yg betul2 berminat nak beli.... sila lawat rumah dulu berdasarkan gambar2 landmark yang saya bekalkan dibawah. Minta maaf, saya tak boleh nak entertain lawatan ini sebab saya tinggal jauh di Selangor. Keadaan dalaman rumah tersebut adalah seperti didalam gambar. Kemudian contact lawyer diatas dan saya sedia turun ke Ipoh untuk berurusan dgn anda.

Saya nak tolak rumah ni CEPAT.....jadi FIRST COME, FIRST SERVE......saya takkan delay2 lagi.



Panduan ke rumah dan gambar landmark:

Jika anda exit tol jelapang, sila amik belok ke jelapang. Jalan terus sehingga jumpa traffic light simpang 3 yg ada signboard seperti dalam gambar. Belok kanan di traffic light yg membawa ke batu gajah. Jalan terus hingga jumpa simpang 3 traffic light. Ambil kiri yg menghala ke Ipoh, Sri Iskandar dan Lumut.
Jalan terus, sepanjang jalan tersebut anda akan lalu banyak traffic light dan signboard seperti diatas. Anda akan jumpa stesen petronas disebelah kanan anda.
Dan sebelah kiri adalah taman perumahan One Pertama yg sedang dalam pembinaan.
Teruskan perjalanan. Anda akan jumpa traffic light ke Falim dan Ipoh ke kiri. Teruskan perjalanan menghala ke Lumut. Teruskan lagi dan akan jumpa traffic light simpang ke Menglembu, jalan terus menghala ke Lumut. Kemudian anda akan jumpa traffic light ke Lahat, Pasir Putih, teruskan menghala ke Lumut. Kemudian anda akan jumpa stesen minyak Shell. Kemudian anda akan jumpa traffic light simpang 4 Lahat (kiri), Papan (kanan).
Ambil jalan terus dan anda akan jumpa stesen minyak petronas di Metro Pengkalan, Pusing yg boleh dilihat jika anda berhenti di traffic light. Teruskan perjalanan anda akan jumpa traffic light simpang 4 Batu Gajah, Pusing, anda terus menghala ke Lumut. Anda akan jumpa stesen minyak BHP disebelah kiri anda dan teruskan perjalanan ke Lumut. Anda akan jumpa susur fly over, jgn susur ke atas, teruskan perjalan di bawah ke Lumut.
Selepas fly over tersebut, anda akan jumpa jejantas berbumbung biru dan selepas itu disebelah kanan anda akan jumpa Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.
Teruskan perjalanan sehingga jumpa signboard Tronoh (kanan) Lumut (terus). Dah nak sampai ke simpang penting.
Jalan depan sikit lagi anda akan jumpa signboard yg agak terlindung dan anda akan jumpa traffic light simpang terus (Lumut) dan simpang kanan (Tronoh). Sila masuk simpang Kanan (Tronoh) seperti gambar dibawah.
Masuk2 je simpang ni, anda akan ternampak Klinik Kesihatan Tronoh, KKM. In fact, anda dah boleh nampak klinik ni dari traffic light lagi. Selepas klinik, anda akan jumpa masjid Ar-Rahmaniah, Tronoh. Klinik dan masjid disebelah kanan anda.
Jalan terus anda akan jumpa sebuah pekan kecil seperti dibawah dan jalan terus hingga hujung pekan kecil ini.
Dihujung pekan kecil anda akan jumpa signboard "Industri Keropok Tronoh" dan "Kg. Nalla". Masuk simpang yg mengarah ke "Kg. Nalla".
Kemudian anda akan jumpa simpang 4 seperti dalam gambar dibawah, simpang ini anda belok kiri.Setelah belok kiri, jalan terus hingga ke hujung ikut jalan besar yang menghala ke Kg. Nalla.
Teruskan perjalanan hingga anda jumpa simpang 3 dimana anda boleh nampak pintu gerbang Kg. Nalla (terus) dan signboard Desa Tronoh Jaya (kanan).
Belok kanan ke Desa Tronoh Jaya. Jalan terus sehingga anda jumpa sebuah surau warna hijau disimpang tiga (terus-kanan). Terus jalan sikit anda jumpa simpang 3 (T junction, kiri -kanan).
Disimpang 3 T (kiri kanan) ini anda belok kanan. Teruskan perjalanan anda sehingga jumpa simpang 4 (kiri-kanan-terus jalan mati). Belok kanan dan anda berada di Laluan Tronoh Jaya 5.


Rumah saya bernombor 19 berpagar batu bercat putih.

Harap gambar2 ini membantu anda mencari rumah yg anda ingin beli. Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment